Walaupun kami meraikan sambutan hari jadi 4 orang secara serentak, tetapi kek cukuplah 2 biji sahaja. Banyak-banyak pun nanti rasanya sama ja, kek juga. Hehe..!! Ini la dia 2 biji kek untuk sambutan kali ini iaitu Choco Moist dan Yam Cheese.
Untuk menu makanan pula, pelbagai jenis makanan yang disajikan antaranya nasi minyak, bi hun goreng, tom yam, bubur durian, 2 jenis ayam masak rendang, telur rebus, ikan goreng, bambangan, buah rambutan, buah pear dan biskut raya. Mmmm...memang semua pun sedap. Untung unit kewangan ni. Jadi memandangkan makanan semua menyelerakan, gambar yang diambil pun agak gelap sedikit disebabkan ada la orang tu belum lagi tau setting kameranya. Hahaha!!!
Selepas sahaja acara makan selesai, tibalah acara memotong kek. Inilah 1st time unit kewangan menyambut sekaligus beramai-ramai memotong kek.
sudah di bilang kualiti gambar nda berapa bagus!!!
Dan yang ditunggu apa lagi kalau bukan hadiah. Yang menyampaikan hadiah siapa lagi kalau bukan Pn. Noramiza. Teddy kiut warna biru pula diambil oleh Airin bagi pihak Lyn.
Ini pula antara rakan-rakan yang sempat hadir untuk sama-sama meraikan dan memeriahkan suasana sambutan hari jadi kali ini..Mmm...!! Haha..!!!
Dan yang ini pula beberapa gambar warga kewangan yang sempat diambil semasa sambutan hari jadi.
Ehem Ehem..!!!
2 comments:
Ehem2..Banyak ooo makanan sampaikan lepas makan tu jadi ular sawa. Rasa ngantuk sangat2. Nasib baik la buat majlis tu dekat2 lunch hour.
waaaa ... dasyat tul menu kamurang owh. mesti meriah kaan.
Post a Comment