Sunday, June 3, 2012

Bye Bye

Sudah lebih sebulan da berlalu, tapi baru sekarang
ada masa mahu update blog ini untuk kesekian kalinya.
Entry kali ini adalah entry khas yang ditujukan kepada
En.Awg Azli selaku pegawai kami di Unit Kewangan
yang telah bertukar ke jabatan lain.

Jadi, persiapan telah dibuat oleh krew2 kewangan
yang lain, memandangkan 2 orang peneraju utama,
chehhhh pada masa tu sedang berkursus, iaitu saya
dan Azurah. 

Jadi tempat yang dipilih adalah di Koki Bandung.
Pelik jua nama restoran ni kan. Koki membawa
maksud Kota Kinabalu. Jadi Koki Bandung adalah
gabungan nama dua bandar di Sabah dan Indon.
Restoran ini terletak di Alam Mesra.Terima kasih 
pada En.Awg yang telah memilih tempat ini.

Jom usha2 gambar....


 Ruang makan Koki Bandung


 Tu dia masing2 pesan makanan ikut pilihan sendiri

Kehadiran krew kewangan kecuali Cik Anizah
yang tengah mengikuti Sukan AG di Melaka sangat2
memeriahkan suasana. Tambahan pula majlis
perpisahan ini turut mengundang pegawai dari admin
iaitu Cik Sarah, Kak Dayang dan Kak Ranik,
memandangkan mereka juga adalah rakan sekerja
yang telah lama bersama-sama dengan En.Awg.


 Antara menu yang sempat diambil gambar
iaitu Ayam Penyet 
dan keli


 Babu Mama Rahmah sedang meletakkan lilin kek

Selain kek perpisahan En.Awg, rupanya mereka juga
turut menghadiahkan kek harijadi untuk mereka yang
menyambut pada bulan mac iaitu Diana dan pada
bulan April seramai 4 orang iaitu saya, Nafi, Anizah
dan Nurul. Terima kasih la pada mereka yang tidak
lupa untuk menyambut harijadi krew2 kewangan
yang lain. Walaupun sehingga entry ini ditulis,
duit collection untuk majlis ni belum lagi dibagi.
Hahaha!!! Azurah, pelase la jangan buat2 lupa


 Kek perpisahan


Kek Birthday

Kepada En.Awang yang telah bersama-sama kami
di Unit Kewangan yang lebih daripada 10 tahun,
terima kasih diucapkan. Segala pengalaman
terutamanya pada setiap hujung tahun dan AKB
tetap dikenang. Pengalaman bersama-sama
ke Korea Selatan juga tidak dilupakan.
Semoga cemerlang bertugas di tempat baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...