Sunday, June 3, 2012

Tajuk yang sama la kan : Kursus

Kursus lagi. Kalau krew kewangan yang lain nda pa
lah jugakan. Ini Si Moja (aku la tu hehe) dan Azurah.
Orang yang sama juga pergi berkursus bulan lalu
di Sabak Bernam.Ni nama durang juga yang naik
lagi pi berkursus. Adoyaiii....

Apa boleh buat la kan. Memandangkan kursus tu
pun adalah anjuran HQ Putrajaya, so bahagian
admin boleh la pilih mana-mana pegawai yang
sesuai untuk menghadiri kursus tu. Memandangkan
aku dah ditawarkan sekali lagi, so ambik dan
pergi ja lah kan. Kursus pun belum lagi cukup
7 hari. Si Zura pula berjaya tawan hati pegawai
selepas drama pujuk-memujuk lepas dia dapat
tahu seorang lagi pegawai tidak dapat pergi
untuk menghadiri kursus ini.

Bertuah betul 2 orang krew kewangan terpilih
walaupun ramai lagi pegawai yang lain boleh saja
untuk mengikuti kursus ni.

Jadi kursus ini adalah anjuran daripada HQ, dan
kursus telah dijalankan di Akademi Audit Negara,
(AAN) Nilai.

So jom usha2 gambar....

 Ruang bilik si Moja di AAN

Bagi aku, ini adalah kali kedua menjejak kaki ke
AAN ni. Antara krew2 kewangan lain yang pernah
menghadiri kursus di sini iaitu Rahmah, Airin, dan
Erna (ex-kewangan) selain Azurah. Kali ini kursus
yang kami hadiri iaitu Microsoft Office 2007 lanjutan.
Kursus hanya pada nama, sedangkan pc yang kami
guna pada sesi tu lebih updated, MS Office 2010.
Alamak terlebih sudah ^^Memang sesuailah bagi
mereka yang pro denganbenda2 MS Office ini.
Bagi yang beginner hanya sesuai jika betul2 minat
untuk mempelajari selok-belok program ini. Bukan untuk
tujuan lain. Sapa yang bersetuju angkat tangan please.

En. Safwan (penceramah) sedang mengendalikan
MS Powerpoint 


Aku dengan Zura duduk paling belakang sekali.
Tapi bukan la terlalu jauh sangat, memandangkan
susun atur bilik latihan komputer adalah 3 rows dan
setiap row ada 10 buah komputer. Benda ni tidaklah
penting sangat untuk dikongsikan, tapi ada part yang
sengal tu...Siapa dapat teka?

Yang sengalnya, dah la dua-dua durang ni rabun jauh,
ada hati mahu duduk dibelakang. Naa sekali dua-dua
terkebil-kebil nda nampak. Nasib la si Zura bawa
speknya. Kawan yang sorang lagi tu mengharapkan
orang di sebelah (Zura) punya setiap ayat. Silap tulis
na abislah si Moja. Hahahaha!!!!

Yang bestnya kursus kali ini ialah dari urusetia, penceramah
dan peserta semuanya friendly terutama dari Negeri
Selangor dan HQ. Sesi kursus pun menarik.
Makan pun sodap. Bilik penginapan pun sejuk bagai...

Dah 4 hari berkampung di AAN, so apalagi ke
Bukit Bintang la sekali lagi hehe..!!!

Same hotel...Sky Hotel.
Same Destination...Bukit Bintang
Eating at the same place...Sushi king, Jendela Suasa &
Kopi Club.

Petang tu selepas makan-makan di Sushi King,
kami menuju berlainan tempat. Zurah ke Lot 10.
Aku pula ke Berjaya Times Square, kunun
mahu menaiki monorail untuk ke Sogo. Memandangkan
cuaca kurang baik, hanya sempat berlegar-legar sekitar
Times Square. Dekat jam 8 malam barulah bertolak
 ke Sogo dengan menaiki teksi.

Kejadian selepas membuang masa tanpa membeli
barang-barang di Sogo iaitu masa hendak menaiki
monorail untuk ke Bukit Bintang. Monorail tergendala.
Jam masa tu hampir pukul 10 malam. Cuaca masih
hujan renyai. Al-maklumlah kalau monorail dah
tergendala, masing2 orang ramai time tu mencari
teksi. Naik bas nda tahu. Jadi teksi la option
yang ada. Dekat 2km berjalan kaki ni mencari
teksi. Biar betik apa yang aku lalui ini. Yala
10.00pm tu kira malam masih muda kan.
Tapi aku kan orang kk. Bukannya kenal tempat2
nak escape kalau2 ada drama ka apa haha. Dekat
area Maju Junction Mall bukan havoc macam
Bukit Bintang yang ramai orang. Tapi
semuanya selamat lepas dapat teksi dan jumpa
lah akak zura di hotel. Dah tu...pi lah cari makan kan.


Jam 11.22pm Sup Daging tiba

Jam 11.33pm untuk dinner @ Jendela Suasa


Nda payah lah kan macam-macam gambar bagai...
Asyik gambar yang sama ja nanti kan. Cuma dinner kali
ini kami makan pada jam 11.33pm. Hah!! Biar betik!!
Betuiii la. Yang tak betuiii nya, orang lain makan yang
digoreng2 contoh nasi goreng kan. Yang kami atau
lebih sesuai kepada zura sebab dia yang orderkan,
menunya semua yang berat mata memandang, berat lagi
perut menanggung. Sup daging, sotong goreng, telur
dadar, sayur kailan dan aku hanya order ayam masak halia.


 Tu dia menu, plus minuman yang baru dibeli di Starbuck. Dah tu
masing2 lagi order minuman tambahan. Memang dasar membazir


Dinner time tu memang kenyang melampau la.
Sebab apa......????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebab SEBELUM dinner tu baru ja dalam 15 minit menjamu
buah-buahan tempatan hahahaha...
Tu yang kenyang tebarus tu.


 Ni lah dia buah-bauhan yang dimaksudkan.
Kepingin mahu makan durian, Zura nda berkira
apalah sangat rm25++ untuk 1 biji buah durian.


Aku pula hanya menikmati mangga ja la yang mampu dibayar
untuk rm6 sebiji.

Bye Bye

Sudah lebih sebulan da berlalu, tapi baru sekarang
ada masa mahu update blog ini untuk kesekian kalinya.
Entry kali ini adalah entry khas yang ditujukan kepada
En.Awg Azli selaku pegawai kami di Unit Kewangan
yang telah bertukar ke jabatan lain.

Jadi, persiapan telah dibuat oleh krew2 kewangan
yang lain, memandangkan 2 orang peneraju utama,
chehhhh pada masa tu sedang berkursus, iaitu saya
dan Azurah. 

Jadi tempat yang dipilih adalah di Koki Bandung.
Pelik jua nama restoran ni kan. Koki membawa
maksud Kota Kinabalu. Jadi Koki Bandung adalah
gabungan nama dua bandar di Sabah dan Indon.
Restoran ini terletak di Alam Mesra.Terima kasih 
pada En.Awg yang telah memilih tempat ini.

Jom usha2 gambar....


 Ruang makan Koki Bandung


 Tu dia masing2 pesan makanan ikut pilihan sendiri

Kehadiran krew kewangan kecuali Cik Anizah
yang tengah mengikuti Sukan AG di Melaka sangat2
memeriahkan suasana. Tambahan pula majlis
perpisahan ini turut mengundang pegawai dari admin
iaitu Cik Sarah, Kak Dayang dan Kak Ranik,
memandangkan mereka juga adalah rakan sekerja
yang telah lama bersama-sama dengan En.Awg.


 Antara menu yang sempat diambil gambar
iaitu Ayam Penyet 
dan keli


 Babu Mama Rahmah sedang meletakkan lilin kek

Selain kek perpisahan En.Awg, rupanya mereka juga
turut menghadiahkan kek harijadi untuk mereka yang
menyambut pada bulan mac iaitu Diana dan pada
bulan April seramai 4 orang iaitu saya, Nafi, Anizah
dan Nurul. Terima kasih la pada mereka yang tidak
lupa untuk menyambut harijadi krew2 kewangan
yang lain. Walaupun sehingga entry ini ditulis,
duit collection untuk majlis ni belum lagi dibagi.
Hahaha!!! Azurah, pelase la jangan buat2 lupa


 Kek perpisahan


Kek Birthday

Kepada En.Awang yang telah bersama-sama kami
di Unit Kewangan yang lebih daripada 10 tahun,
terima kasih diucapkan. Segala pengalaman
terutamanya pada setiap hujung tahun dan AKB
tetap dikenang. Pengalaman bersama-sama
ke Korea Selatan juga tidak dilupakan.
Semoga cemerlang bertugas di tempat baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...