Friday, May 4, 2012

Jalan-Jalan lagi


Jalan-jalan lagi krew kewangan. Kali ini si Moja
dan Azura. Ke mana? Setakat berkursus sahaja pun.
Cuma kali ini kami berpeluang mengikuti kursus di
Institut Perakaunan Negara Sabak Bernam, Selangor.
Yeahhh!!!!

Kursus bermula pada 24-25 April 2012. Seperti
yang sedia maklum, IPN di sini menyediakan
segala kemudahan semasa berkursus. Ini termasuklah
penginapan yang mana sebuah bilik dapat menempatkan
dua orang peserta, makan dan minum 6 kali sehari,
fuhh!!! kenyang. Tempat riadah pula segala macam
gelanggang dan gym ada. Sesuailah bagi kursus yang agak
panjang. Nda lah keboringan sangat peserta kursus
kalau ke sana. Yang bestnya IPN menyediakan
banyak basikal untuk peserta yang ingin mengelilingi
pusat kursus di sini. Tapi si Zura setakat mengambil
kunci tapi naik nya tidak haha.

Macam inilah keadaan bilik penginapan

Terdapat dua blok bilik penginapan yang disediakan.
Bilik di sini memang kelihatan macam bilik di hotel-
hotel. Sebab apa, aircond dan kipas disediakan,
tv, cerek, toiletries macam shampoo dan sabun.
Yang bestnya ada peti ais. ^^

Gelanggang untuk riadah

Perjalanan pula dari Putrajaya ke IPN ini
mengambil masa 3 jam. Jauh kan. Jadi
aktiviti sepanjang perjalanan tidak lain
duduk dan tidur lah. Haha!!!

Gambar semasa kursus

Hampir 34 orang yang datang menghadiri Kursus Perakaunan
Bayaran. Rata-rata peserta adalah dari Perlis, Pahang
dan Putrajaya. Dan kebanyakan peserta bertugas
di universiti, politeknik dan hospital.

Pekan Sabak Bernam

Orang cakap...tarikan utama di Sabak Bernam
iaitu Mee Udang. Tak sah kalau ke sini kalau tidak
mencuba apa yang orang-orang cakap tu ^^.
Jarak gerai makan yang kami tuju tu dari IPN
mengambil masa 15 minit juga dengan menggunakan
kereta. Nasiblah juga si Moja terjumpa member
yang ada bawa kereta, jadi senanglah untuk bergerak.
Malangnya, nda sempat nak ambil gambar
mee udang yang sedap tu.

Sempat jugalah kami ronda-ronda di Pekan Sabak
Bernam. Agak jauh juga dari pekan ke IPN yang
mengambil masa 45 minit. Dan ada malam tu
kami sempat ronda-ronda sehingga jam 1 pagi.

Sky Hotel, Bukit Bintang

Lepas habis kursus, sekali lagi kami menaiki bas
IPN ke Putrajaya Sentral yang mana masa
perjalanan adalah 3 jam.

Keadaan bilik di Sky Hotel

Di KL, kami menginap di Sky Hotel yang
terletak di Bukit Bintang. Boleh dikatakan hotel ini
memang terbaik dari segi kemudahan, keselesaan,
lokasi dan harganya.

Jom layan gambar keadaan bilik di sini ^^






Yang tak bestnya pula, bilik hotel si Zura diupgradekan
dari standard twin ke deluxe room yang mana bilik
agak besar tetapi pada harga yang sama. Adoyaii...!!!

View dari bilik hotel

Sekitar belakang Bukit Bintang

Lokasi hotel memang terbaik. Hanya seminit berjalan
kaki ke Lowyat dan bangunan disebelah pula
adalah Sungai Wang dan BB Plaza. Belakang
Lowyat pula Berjaya Times Square. Bila dah
ke sini, pastikan duit pun kena bawa lebih lah
supaya aktiviti penat berjalan tu berbaloi-baloi.
Haha!!!!


Malam tu kami menjamu selera di Sushi King.
Moja first time makan benda-benda Sushi ini.
Tapi lepas ni bolehlah dimasukan list tempat
makan-makan nanti Hehe..

Harga makan untuk 2 orang RM70++

Esok paginya bersarapan di restoran berdekatan
dengan Lowyat.


Breakfast dulu. 

Nasik lemak untuk Moja. Zura tetap nasi putih,
ayam goreng.

Lepas breakfast, apa lagi masing-masing menghala
ke shopping mall. Moja ke Lowyat, Zura pula
ke Sungai Wang / BB Plaza.

Aktiviti window shopping tetap diteruskan selepas
check out hotel pada jam 1.00 pm. Tempat yang
dituju juga masih sama. Dan kami lunch di salah
sebuah restoran yang ada di Lowyat.



Lunch di kopi Club. Sandwich tuna, roti kawin dan nasi
goreng ayam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...