Tuesday, January 25, 2011

Family Day 2010

Tanggal 23 Januari 2011, Kelab Kebajikan & Sukan PPPN Sabah
telah berjaya mengadakan program tahunan yang menghimpunkan
warga kerja PPPNS dan ahli keluarga untuk beramah mesra dan
mengukuhkan lagi ikatan silaturahim.
Hari Keluarga ini telah diadakan di Beach 1, Tg. Aru.
Hujan lebat yang turun pada sebelah malam telah
menyebabkan air bertakung di padang acara, dan
menyebabkan acara dan susun atur khemah juga berubah
tempat dari plan yang asal tetapi ianya tidak menghalang
untuk program berlangsung.
Hampir seluruh krew kewangan hadir untuk bersama-sama
memeriahkan family day ini. En.Awg Azli dan Diana bersama2
dengan keluarga masing2, Aniza dan Nurul membawa bersama
adik2 nya. Hanya Lynn sahaja yang tidak dapat
menghadirkan diri atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Ada diantara warga PPPNS yang datang sewal jam 6.00am
ke sini walaupun acara bermula pada jam 8.00am. Para
AJK semestinya datang awal termasuklah En.Awg Azli
(ajk goodies) dan Moja (ajk makanan).

Semestinya sesi awal pagi adalah pendaftaran, setting semua
kedudukan meja, kerusi, breakfast dan bergambar. Haha!!!!


Setibanya PKN pada jam 7 lebih, acara perasmian terus dimulakan
dengan memotong riben, belon dan acara senam robik & poco2.


Selepas selesai senam robik, apa lagi...terus la
sentap makan pagi.

Lebih kurang jam 8 lebih acara sukaneka pun dimulakan.
Bermula dengan acara sukan untuk kanak2 seperti rebut makanan,
lari dalam guni, puzzle, pakaian beragam dan lain2.

Selesai acara untuk kanak2, acara bagi pasangan suami-isteri
dan keluarga seperti mendukung isteri, lari dengan kelapa,
lari dengan mengepit belon, makan limau mandarin.

Antara acara yang menarik perhatian iaitu mendukung isteri,
dimana suami ditutup mata dengan kain hitam, isteri pula
didukung danberlari sambil tunduk untuk mengelak tali
yang ada dihadapan. Ramai pasangan yang terjatuh semasa
berlari, antaranyaSiti Zuraidah, Hasneh & Norhayati.
Donna pula sambil berlari sambil tersangkut tali di lehernya.

Acara yang menarik perhatian juga iaitu acara makan buah
limau mandarin yang terbanyak. Krew kewangan yang mengikuti
acara ini iaitu Azura yang berjaya memakan sebanyak 5 biji
limau mandarin dan sekaligus memenangi ditempat ke-3.
Juga menarik perhatian iaitu acara raja dijulang. Acara
berkumpulanyang melibatkan 3 orang. Krew kewangan yang
mengikuti acara iniwalaupun tidak menang iaitu azura yang
berganding dengan hamizayang mana mereka mengangkat /
menjulang liza. Anizah pula bergandingdengan fauziah
(mengangkat anaknya sendiri).Peserta lelaki pula
iaitu moja & hanafi yang berganding dan mengangkat si max.
Hampir kesemua peserta yang mengikuti acara ini mengangkat
kanak2 yang kecildan sebab tu lah krew kewangan yang mengikuti
acara ni tidak menang,bukannya semput, tapi mengangkat
yang berat lebih 50kg. Hahah!!!!!
Antara acara yang yang turut memeriahkan program
family day ini iaitu menunggang kuda berhias, cartoonist,
karoke dan cabutan bertuah. Hampir kesemua warga PPPNS
bertuah kerana mendapat hadiah dari acara cabutan tiket bertuah.
Hadiah adalah seperti barangan elektrik dan hamper.


Selain memenangi hadiah daripada acara cabutan tiket bertuah,
krew kewangan juga ada yang memenangi daripada acarayang
telah disediakan. Antaranya En.Awg Azli (karoke tempat ke-5),
Rahmah (karoke duet dgn Mr.Goh tempat ke-3), Diana
(babynya - pakaian beragam tempat ke-2),
Moja (lari dgn tangan berkumpulan tempat 1) dan
Azura (makan buah limau tempat ke-3).

Pada program family day kali ini, keluarga Donna dan Suraini
yang paling banyak memenangi hadiah daripada acara2 yang
disertai. Berbaloi lah untuk berada di program pada tahun ini.

Gambar atas pula adalah gambar anak2 warga PPPNS

Sejurus acara sukaneka yang berakhir sekitar
jam 11 lebih, hujan renyai2 mulai turun, tetapi
ianya tidaklah menggangu perjalanan program ini,
cuma hanya pergerakan warga PPPNS dan
ruang khemah sedikit terbatas. Pada jam ini, acara
memberi hadiah kepada para peserta yang berjaya
memenangi dalam acara yang disertai. Dan program
family day ini berakhir pada jam 1 lebih.

Monday, January 17, 2011

Kursus Stor

Tahun baru bermula dengan permulaan yang agak baik. Tidak seperti tahun lepas, krew kew memulakan tahun baru dengan berkursus in INTAN Sabah.

Moja, Nurul & Lynn telah diberi peluang untuk menghadirkan diri ke Kursus Pengurusan Stor pada 11 - 14 Januari 2011. Harapan pada permulaan kursus adalah untuk pembelajari susunatur baucar yang berlambak di bilik stor pejabat. Tetapi setelah hari pertama berlalu, agak kecewa juga disebabkan apa yang diharapkan tidak kesampaian. Namun perjuangan untuk menghadirkan diri ke kursus tetap diteruskan walaupun rasa malas melanda diri memasing. Banyak perkara baru yang dipelajari sepanjang kursus diadakan selain berkenalan dengan kawan-kawan baru serta perkongsian pengalaman bekerja.

tenaga pengajar yang memberikan taklimat berkenaan pengurusan stor ...
Encik Jemian & Encik Jasmee

Moja bersama-sama ahli kumpulannya ...


Nurul serta member-member baru ...


Lynn serta kawan-kawan barunya sempat ber'pose' sewaktu sesi Latih Amal ...

Sedikit gambar-gambar candid yang sempat diamik sepanjang kursus diadakan ...


Saturday, January 1, 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...