Sunday, October 9, 2011

Jalan-jalan...

Perayaan Hari Peladang, Penternak & Nelayan
Peringkat Negeri Sabah
6 - 9 Oktober 2011
Tamu KPD, Likas


Jom layan gambar-gambar yang sempat aku
ambil dalam pameran.


Antara agensi / jabatan Negeri Sabah yang
turut bersama dalam pameran.





Jabatan pertanian confirm mesti ada....
buah-buahan banyak juga dijual oleh jabatan ni.
padi pun dorang bawa ke dalam pameran ni.



1st time nampak pokok Rozel ni. Nda pasti kalau
pokok ni yang buahnya boleh dibuat jus minuman??



Hidupan air.


Kucing2 pun ada juga dalam pameran ni.
Bukan setakat dipamerkan ja, ada juga yang
dijual. Harga? aku nda nampak pun yang di
bawah RM1K....rata2 3K-5K. Gila la orang
yang membeli ni...


Haha...sapakah itu....????
Orang ofis yang sempat jumpa iaitu Kak Norhayati & famili



Dari parang, bunga-bungaan, bibit, barang makanan,
semua ada di sini...





Jarang nampak ayam kampung macam ni.
yang biasa nampak mcm ni ayam karen kan...



Dari gambar nampak memang kecil la kan...
tapi saiz sebenar....besar gabak ni lembu. Lupa mau tanya harga
lembu2 ni...



Aku sempat la ramas bulu kambing ni. Hehe




Harga bibit buah-buahan nda banyak beza dengan harga yang
ada di tamu. Terjumpa juga bibit Pokok Ajaib. Ntah la
camana la tu bentuk buahnya ah....Ada lagi tu
Pokok Sarang Semut, digunakan untuk merawat
macam2 penyakit.

Aku sempat juga la beli bibit rambutan gula batu,
langsat, limau bali madu & delima. Nanti kalau
sudah ada hasil, berbuah 3 tahun lagi, nanti
aku bawa...jual di ofis yaa...haha!!!

Best juga pi pameran macam ni. Macam2
barang yang nda pernah jumpa/kenal ada
di sini. Mau kena rajin bertanya la baru kita
tahu, kalau setakat jalan2 ja, bagus pi tamu kan.
Hehehe..!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...