Tuesday, March 30, 2010

Keputusan 5S Bulan Mac 2010

Terlupa la pula kami di kewsabah mau update blog kesayangan
ni. Paham-paham ja lah sekarang ni sibuk dengan 5S. Ok lah..
saya teruskan lah cerita perkembangan 5S ni walaupun sudah
berlalu minggu lepas.


Keputusan zon terbaik untuk amalan 5S di pejabat ni tidak
memihak kepada Unit Kewangan yang mewakili Zon Orkid.
Memang sudah dijangkakan pun. Dan tidak menghairankan
pun. Yang sedes nya..Zon Orkid menduduki tangga ke-6 iaitu
yang paling uncit. Hehehe...!!! Sapa la yang mau mendapat
nombor yang tercorot melainkan Zon Orkid sahaja. Kui kui Kui.


Keputusan penuh 5S bulan Mac iaitu:-


- Zon Terbaik -
1. Zon Carnation (Khas)
2. Zon Matahari (Teknikal)
3. Melati (Pengurusan)
4. Mawar (Kemiskinan/STM)
5. Tulip (Pemantauan)
6. Orkid (Kewangan)


- Bilik Terbaik -
1. En. Mahdir (Mawar)
- En. Norali (Carnation)
- Hjh. Rosna (Matahari)
- En. Awg Azli (Orkid)
- Hjh. Dyg Nuraini (Melati)
- En. Syawal (Tulip)


- Workstation Terbaik-
1. Pn. Filicia (Melati)
- Pn. Dayang Safiah (Mawar)
- Cik Erna Wana (Tulip)
- Pn. Semiah (Carnation)
- En. Mozaid (Orkid)


Tahniah la kepada pemenang dan yang tersenarai sebagai
calon akhir.

Wednesday, March 24, 2010

Beautiful Blogger Award

Belumpun genap setahun kewsabah nie, dah pulak kena tag award nie from teman baru miza. Tima kasih lah bebanyak ...
So ok now dah terima award nie, kenalah pulak buat 4 perkara yang disebut di bawah nie yea ...
1. Thank & link the person that gave you the award
2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they've won the award
4. State 7 things about yourself.

So here goes ...
1. Thank & link the person that gave you the award.
On behalf of crew kewangan in kewsabah, many thanks to miza.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered & think are fantastic.
Let's see .... ermmmm amoi, nana, miq, fuad, tom, 911, farid, ustaz cahaya, christine, soosan, stephen, mama azira, jacky, kyairool & samurai jepun (dah 15 kan ... )
3. Contact said blogs and let them know they've won the award.
Yang nie bley buat kemudian lah kan ... :)
4. State 7 things about yourself
1. crew kewsabah keja ngan gomen
2. keja kat sabah
3. terdiri daripada 8 + 2 orang
4. crew kewsabah gila-gila orangnya
5. although crazy at all times, tanggungajawab tak perna diabaikan
6. setiap crew ada secret identiti yang tidak secret lagi .. hehehe
7. selain keja ... aktiviti kegemaran yang lain, suka makan ... makan ... makan ...
Thanx again ...

Friday, March 19, 2010

Candid v 1.1

Maka dengan ini dipersembahkan sambungan candid korea v 1.1
jika ada yang tersinggung .. terkecik ati ... harap dimaafkan.
ini semuanya sekadar hiburan semata-mata ....
almaklumlah, banyak sangat gambar yang diamik secara spontan.
Insyaallah ... ada lagi kemunculannya v1.2 (itupun kalu ada masa mengedit)

Friday, March 12, 2010

Candid

Ada kala gambar candid ni lucu & lawak. Dan ada yang diambil
tanpa pengetahuan pun. Jadi sama-sama kita usha gambar candid
semasa di Korea.
(untuk gambar lebih jelas, klik pada kotak gambar tersebut)





















Sunday, March 7, 2010

City Run Kota Kinabalu 2010

Saya, Zurah & 2 orang adik saya tiba di Padang Merdeka kira-kira jam 7 pagi, ingatkan acara telahpun bermula … rupanya tukang rasminya belum tiba (agaknya masih diulit mimpi-mimpi indah hehehe ), maka ramailah peserta dari pelbagai bangsa, umur, rupa & saiz terpaksa berkumpul di bawah panas mentari pagi termasuklah warga PPPNS yang diketuai oleh Tn Haji Matusin, Encik Khairul, Encik Awang, Faiz, Syawal, Jamaun, Dapiri, Kak Normah, Hidayana, Betcilla, Diana dan Nurul. Leih kurang jam 7.30 pagi sampailah Mayor KK dipentas untuk merasmikan acara. Selesai acara ucapan rasmi dan penyerahan cenderahati (macamlah penyampaian cenderahati tak boleh dibuat setelah selesai acara) barulah bermula senamrobik (ingatkan teruslah disuruh berlari)


Agak meriah jugalah sewaktu senamrobik .. muzik yang dimainkan rancak dan pergerakan menarik & simple ala-ala tarian ago-go. Namun ramai yang merungut kerana terlalu banyak masa dan tenaga terbuang di padang dan berjemur dibawah sinar matahari yang makin terik. Jam 8.20 pagi larian bermula. Masa tu berasak-asak semua peserta untuk keluar dari pintu gerbang padang, .. kawan di kiri kanan pun dah tak kenal dah, memasing dah ikut haluan memasing ... ada yang berlari, ada yang berjalan, ada yang join kelompok besar, ada yang tak ikut mana-mana kolompok … malah ada juga yang tersimpang terus ke Gaya Street hehehe ... Sepanjang larian macam-macam yang dapat diperhatikan. Ada yang mendokong anak kecil .. ada yang membiarkan anak-anak berlari sendiri (hingga ada anak yang tak tahu di mana ibu bapa mereka) .. ada yang berlari sekerat jalan kemudian naik kereta sehingga ke checkpoint 1 sebab nda larat naik bukit (main buyuk betul yang nie), ada yang memang menyediakan motor selepas 1st checkpoint dan kemudiannya parking motor sebelum 2nd checkpoint berdekatan dengan kawasan padang .. ada yang tumpang lori DBKK (yang nie kebanyakannya budak-budak sekolah). Sepanjang berjalan ada jua orang yang saya nampak berlari tanpa kasut .. ada sorang tu tak tau lah mana silapnya .. khusyuk sangat berlari tak sedar tapak kasutnya tercabut hehehe .. Tapi yang benar benar saya menarik perhatian saya apabila terdapat seorang peserta OKU (buta) mengikuti larian ini sambil diiringi oleh anaknya (agaknyalah). Saya dan Nurul tercakap ... kalau orang buta tu bley buat, kenapa kita nda bley buat.


Tamat larian, ramai berkumpul di tengah padang .. ada yang berebut sijil penyertaan dan ada yang sabar menanti cabutan bertuah. Saya serta Nurul tak mampu untuk menyertai aksi berasak-asak untuk mendapatkan sijil mahupun minuman percuma. Saya tabikk springlah dengan Zurah .. betul betul dia berlari. Mukanya merah, baju di badan basah akibat peluh yang berlebihan, sanggup plak lagi ikut serta aksi berasak-asak dengan orang ramai hehehe … Sementara menunggu acara cabutan bertuah .. Encik Awang, Faiz, Syawal, Kak Normah, Zurah pekena semangkuk soto setiap sorang di Restoran Kak Tini. Zurah siap bungkus 2 mee goreng untuk di bawa balik. Lepas makan .. memasing jalan haluan sendrik, ada yang merayau di Gaya Street, ada yang tunggu cabutan bertuah dan ada yang balik terus. Overall ... Menyeronokkanlah event nie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...