Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakathu..... ;)

Bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, jabatan ini berjaya mengikuti Perarakan Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 26 Februari 2010 bersamaan dengan 12 RabiulAwal..... ;)

Krew-krew yang menyertai perarakan tersebut disertai oleh orang-orang muda, bergaya, segak, cute miut, lawa terutamanya utk para gadis2 yg bnyk muka dia tu jak dlm gmbar..hahaha....semua pun bersemangat dengan menghadirkan diri di padang merdeka seawal 5.30 pg...dan semua berpakaian ala2 "gold"...nasib baik bkn mcm org minyak...hahaha..tp ada rupa mcm org emas lah...hehe...bleh tahan gak warga jabatan ini yg mmg memberikan komitmen yg baik...

Setibanya di Padang Merdeka, kami berbaris mengalahkan tentera,,,,,org lain baru mo sarapan, kami da berbaris di padang...kunun mo tunjuk rajin...harapan mo menang tp ndak gak pandai2 menang..gaya jak ni lebih...pa pun mmg njoy lah jg...dpt baju free...duit sarapan free...semua di tanggung ni..best..best...

berbaris starting pukul 5.40am tetapi majlis start mula kul 7.30 am....luntur mekap zura ni mo tunggu..hahaha...nasib baik dia ada bawa xtra mekap..bleh gak touch-up sblm bergerak....
bila bergerak tu, mula lah selawat dilaungkan dengan penuh khusyuk, kuat, lantang sehingga membuatkan meremang bulu mo dengar...tapi membaca cuma sorang jak..iaitu..pemenangnya adalah...ustaz A.M Zaini...yg lain tu miming jak lebih ni... ;)

tiba di Wisma Muis dalam jam 9.30..lama gak kami berjalan kaki tu..bengkak gak kaki ku..da lah kasut pinjam... (liza punya)...da lah meminjam...bunga kasut tu pun mo tercabut da..nasib baik ndak tercabut abis ni...hehehe...nti free2 aku kena mengganti kasut si liza...hahaha

After tu, makanan tengah hari mmg ada disediakan lah..after makan, semua bertempiaran ni ntah kemana...ndak masuk dewan...trus jak balik ni..mmg ari yang memenatkan lah..tp janji njoy..termasuklah kami2 ni org kewangan yg balik awal...ingatkan kami lah yang balik awal, tetapi bila tiba di kreta, SYAWAL, FAIZ, kak su and da geng da balik dlu dari kami....huhu....rupanya dorang lagi cekap dari kami ni...so semua pun BERSURAI lah selepas itu..

~ AMIN ~

Friday, February 26, 2010

Kebakaran Mengejut



26 Februari 2010 di pagi sambutan Maulidur Rasul .. berlakunya kecelakaan di Kampung Sri Pandan, Putatan. Sebanyak 42 buah rumah terlibat hangus terbakar akibat kecuaian manusia yang tak bertanggungjawab. Nasib baik tiada nyawa yang melayang. Kesan dari kebakaran ini, lebih 100 orang yang tidak berumah dan mengharap bantuan daripada kerajaan negeri serta sumbangan orang ramai. Kepada mangsa-mangsa yang terlibat, kami mengharapkan mereka dapat bersabar menempuh ujian Illahi.

Monday, February 22, 2010

Percutian di Korea ( Bhgn 4 )

Hari terakhir di Korea. Tak banyak tempat yang dilawati oleh kami. Hari ini kami habiskan masa dengan bershopping. Seawal jam 7.15 pagi sesi check-out dari hotel yang kami tinggal - Best Western Seoul Garden Hotel. Sementara menunggu ahli rombongan lain berkumpul, sesi fotografi sekitar kawasan hotel berlangsung. PKN serta keluarga tidak ketinggalan untuk bergambar bersama.





First stop is restoran Maharaja untuk sarapan. Sewaktu tiba di restoran tersebut, terdapat 1 lagi rombongan dari Malaysia sedang bersantap. Keadaan dalam restoran agak padatlah. Dalam waktu bersantap, ada jugak member member nakal cuba nak tackle awek, tapi cara tackle diorang nie pun malu malu kucing hehehe … saya tertarik pada satu sudut yang mana terdapat beberapa keping gambar yang terpampang pada dinding restoran tersebut. Gambar-gambar yang dipampang kebanyakannya adalah gambar pelawat / pelajar Malaysia bersama-sama dengan pemilik kedai dan juga Bob. Ada juga muka yang dikenali diantara gambar tersebut iaitu bekas pembaca berita TV3 – Zalina Azman.



Selesai bersarapan, kami dibawa ke area menjual kain sutera. Sebahagian besar rombongan ikut Bob ke tempat menjual kain manakala sebilangan kecil merayau-rayau di kawasan pasar yang berdekatan. Kebolehan tawar menawar digunapakai dalam proses pembelian sungguhpun tidak memahami bahasa korea. Destinasi seterusnya ke Doosan untuk pembelian souvenier buat famili dan member. Tak banyak gambar diambil, almaklumlah sibuk memilh barang ...







Lepas shopping ... makan time. Bob bawa kitorang makan kat Korean restoran. Menu yang dihidangkan ... steamboat, kimchi, kimbab, telur goreng campur sotong dan ikan sardine bakar.


Selesai makan, kami dibawa ke Ittaewon. Di sini rombongan dibagi peluang untuk bershopping sendiri. Ada yang saja saja jalan dan ada yang tinggal dalam bas sebab duit won dah habis dibelanja atau dah tak larat lagi nak berjalan.

Dari Ittaewon, kami terus dibawa ke airport. Alangkah bagusnya kalau dapat amik gambar sewaktu tiba sebab memasing sibuk masukkan barang ke dalam beg memasing. Macam saya sendiri menghadapi masalah apabila extra beg yang dibawa tetiba rosak ... dan terpaksa dibawa sebagai hand luggage. hehehe ...
Adalah satu tragedi berlaku masa nak masuk ke departure, hampir salah seorang ahli rombongan tak dapat lepas dari imigresen gara-gara nama dalam tiket dan passport tidak sama. Nasib jak ada beberapa orang staring yang belum masuk, diorang nielah yang menyelamatkan keadaan.




Percutian ke Korea menyeronokkan. Berbaloi rasanya kerja keras yang dibuat sebelum ini apabila dihadiahkan peluang sebegini. Terima kasih kepada PKN kerana mengadakan percutian sebegini, diharap tahun mendatang, peluang seperti ini diadakan lagi ... barulah semangat bekerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...