Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha



Kepada teman-teman sekerja dan rakan blog Unit Kewangan

PPPNS, kami di sini mengambil kesempatan untuk

mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Sama-samalah

kita mencari satu PENGORBANAN dalam diri agar dapat

membentuk suatu perubahan jatidiri sempena Aidiladha

kali ini.


Semoga anda juga:-
  • Bergembira bersama-sama dengan keluarga
  • Berehat di musim cuti
  • Menenangkan minda dan diri
  • Memandu dengan lebih berhati-hati

Wednesday, November 11, 2009

Kereta Baru

Gen-2 berplat nombor SAA8491H. Tahniahlah Nafi sebab dah dapat keta kao.

Hari pertama keta dibawa ke ofis ... krew kew tak lepaskan peluang tuk naik keta baru nafi. Masa tengahari, krew kew kluar makan memandangkan tak banyak sangat keja yang nak dibuat. Sayangnya, Mozaid, Airin & Rahmah tak dapat join sekali bab diorang bertolak ke Semporna pada hari tersebut. Diana pulak ... menghadiri seminar kat Hyatt Hotel.

Tuesday, November 10, 2009

Gurlz Day Out

Hari Jumaat lepas, gurlz krew kew telah keluar beramai-ramai time rehat, pigi 1Borneo beb. Hajat ke 1B adalah untuk mencari hadiah untuk b'day maman yang ke-2 tahun. Mulanya, krew kew telah berbincang dan memilih Rahmah untuk keluar mencari hadiah bertemankan ibu baru - Diana. Entah macam mana, tiba masa berjalan ... semuanya berjalan kecuali Mozaid - sembahyang jumaat, Azura - kursus kat PD dan Hanafi - cuti rehat sakan.

Ikutilah kisah krew kew pada hari tersebut ...

Sunday, November 8, 2009

Program Tunas Mekar

Program Tunas Mekar telah diilhamkan oleh Tun Abdullah pada 2005 berjaya melahirkan usahawan di kalangan graduan Bumiputera UiTM. Ia berkonsepkan perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), graduan dan pensyarah UiTM melalui penempatan graduan bersama pengusaha selama satu tahun dengan bimbingan pensyarah UiTM. Tunas mekar dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri bersama UiTM.


05 November telah diadakan Majlis Pelancaran Program Tunas Mekar bagi negeri Sabah. Ramai staff datang memberi bantuan sempena pelancaran program walaupun pada mulanya menghadapi beberapa kesulitan. Akhirnya selesai majlis dengan jayanya .. Alhamdulillah


Ini adalah sebahagian gambar-gambar kenangan majlis ...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...