Friday, September 11, 2009

Selamat Hari Jadi Lynn




Memandangkan harijadi Cik Azlina jatuh pada bulan Ramadhan, tambahan pula dia bercuti sehingga selepas hari raya, jadi unit kewangan tidak dapat menyambut bersama-sama untuk meraikan ulang tahunnya itu.

Walaubagaimana pun, rakan-rakan di unit kewangan tidak melupakan harijadinya yang jatuh pada 12 September tahun ini walaupun sekarang ini sebahagian staff di kewangan bergelut dengan masalah stress & kesibukan dengan beban kerja yang bertimbun termasuklah projek, TNT, gaji dan laporan.

Untuk itu, kami dari unit kewangan mengucapkan Selamat Hari Jadi.


Tiada kek (sebab puasa)

Tiada hadiah (sebab dia bercuti)

Tiada sambutan (pun bercuti)

Tiada nyanyian (sekarang ni hangat dengan lagu raya)

Cuma kami doakan agar kesihatan yang baik senantiasa terpelihara dan berkekalan.


Wednesday, September 9, 2009

Kecemasan @ Klinik Biasa??

Persoalan timbul baru-baru ini bila aku terpaksa ke hospital. Waktu itu aku telah dirujuk oleh sebuah klinik swasta ke unit kecemasan hospital. Aku paling tak suka pergi hospital .. tapi ntah kenapa aku setuju untuk pergi ke hospital hari tu.

Ikut pemahaman akulah kan ... bila dah disebut kecemasan .. bukankah kita nie sebagai pesakit terus jak dilayan/diperiksa/dirujuk dsb sebaik saja sampai. Kenapalah pulak masa tu .. rasanya sama jak macam ke klinik biasa. Sampai saja kat spital .. kena daftar. Lepas daftar, aku dibawa masuk ke ruang menunggu ... tunggulah sampai kena panggil. Lepas 15 minit tunggu, dipanggillah aku masuk kedalam satu bilik kecik ... dalam bilik tu, aku kena tanya apa sakit .. sejak bila .. sejarah perubatan .. ceritalah aku, sambil dicatat apa yang dicakap ... Lepas tu, aku dibawa keluar ... ingatkan terus dibawa jumpa doktor, rupanya disuruh tunggu lagi.
Aaaaaaaaaaarrrggghhhh!!!! Tunggu lagiiiii .........
Bab nie yang buat aku heran teramat sangat ... nama dah jelas unit kecemasan. Tapi kenapa plak, wujud Zon kritikal (zon merah), Zon semi-kritikal (zon kuning) & Zon tidak kritikal (zon hijau)??? Bagi aku lah kan ... kalau dah nama kecemasan, takda bezanya. Seharusnya masuk jak pesakit terus rawat .. after rawat baru asingkan, mana kritikal, semi-kritikal & tidak kritikal. Caya tak?? Meh aku tunjukkan gambarnya ....
Dalam masa aku menunggu tu, meh aku story sket ... ada sorang pesakit yang kena angkut oleh ambulan, bukan main lagi bunyi neno-neno ambulan tu .. sampai jak, keluarla pesakit. Ingatkan dibawalah pesakit tu masuk terus dalam zon merah, maklumlah nampak kritikal pun sebab dah kena sambung ngan 'drip', orangnya plak nampak tak sedarkan diri. Rupanya proses yang sama, daftar dulu .. pas tu tunggu lagi ... agak-agaknya dalam 5 minit barulah dibawa masuk ... masuk ke zon semi-kritikal plak tu??!!
Puas saya fikir ... orang tu nampak tenat, tapi kenapa plak masuk zon semi-kritikal ... saya study kriteria-kriteria pesakit yang masuk 3 zon nie ... tapi masih tak paham. Agaknya kalau orang tu dah nak hembus nafas terakhir, masih lagi kah prosedur mendaftar & menunggu dibuat???

Musykil-musykil ... apapun, 30 minit aku tunggu akhirnya aku dipanggil masuk - zon semi kritikal. Masuk jak aku kat situ, buang karan betul! Pada luaran jak diasingkan zon, masuk saja .. semuanya sama jak. Kat dalam pun kena tunggu jugak ... bercampur jugak aku ngan pesakit-pesakit zon kritikal ... isk ... isk ... isk ...

Teruk betullah ... aku daftar masuk 3.24ptg ... keluar dari hospital 5.45ptg. Kalau aku hitung masa aku dirawat tak sampai 30 minit ... banyak masa terbuang menunggu. Aku rasa pihak hospital perlu buat perubahanlah ngan prosedur diorang, terutamanya bahagian kecemasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...